• Baiki sendiri bampar rosak
BAMPAR kereta pecah akibat kemalangan pasti memerlukan kos agak tinggi jika mahu menggantinya. Tambahan pula bagi yang sering kering poket, pasti agak membebankan.

Jadi jawapannya baiki sendiri atau 'DIY' sahaja. Walaupun hasilnya tak seberapa kemas, ia tetap kukuh dan masih boleh digunakan buat sementara waktu. Apa pun cara terbaik adalah dengan menukar baharu bampar pecah tersebut, sama ada yang baharu atau second hand.


Cara pertama: Simen semula bampar pecah

Cari di kedai hardware. Simen biasa ditampal pada badan kereta seperti simen Poly Putty. Campurkan simen ini dengan hardener/catalyst (warna kuning).

Cara campuran hardener seperti meletak ubat gigi pada berus gigi. Hardener berfungsi mengeraskan campuran lebih cepat. Jadi, cepat-cepat proses campuran simen menggunakan pengerek plastik atau besi. Kenal pasti masalah:


1) Bampar pecah merekah 

Jika kerosakan sedikit boleh disimen sahaja. Jika retak terbelah bampar perlu ditanggalkan dahulu. Pasang skru pada tempat pecah.

Rapatkan bekas rekahan, ikat dengan tali selepas itu bolehlah disimen. Lebih bagus jika gunakan fiberglass putty filler pada kawasan rekahan tersebut. Tunggu simen kering, kemudian gosok guna kertas pasir hingga licin.


2) Bampar pecah berlubang

Jika berlubang tapi tak berapa besar masih boleh diperbaiki. Tanggalkan dahulu bampar tersebut. Pertama, terbalikkan bampar, ambil pita pelekat atau paper tape, tutup lubang tersebut.

Kemudian pusing semula ke bahagian hadapan. Kemudian bolehlah simen atau fiberglass putty filler bagi tutup lubang tersebut. Tunggu simen kering, sebelum gosok guna kertas pasir hingga licin.


3) Bampar pecah/ retak dari bawah

Bampar ditanggalkan. Tebuk lubang kecil bersetentang kiri dan kanan. Cantuman rekahan dengan pengikat (cabel tight). Pengikat dijerut mati pada sebelah belakang bampar. Potong lebihan kabel biar nampak kemas.

Bampar bagi masalah ini juga boleh dilakukan dengan proses sama menggunakan dawai.


Cara Kedua: Tampal bampar menggunakan fiberglass

Tampalan menggunakan fiberglass lebih kukuh terutama jika bampar tersebut diperbuat dari fiberglass atau fiber carbon.

Bahan campuran pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax (mold Release) dan resin dapat mencantumkan kawasan rekahan atau lubang bampar dengan lebih keras, kemas dan tegap.

Tampalan fiberglass boleh ikut struktur bentuk bampar tersebut sama ada kawasan sudut atau celah-celah yang sukar.

Bancuh fiberglass resin dalam bekas. Sapu sedikit di celah rekahan retak di belakang bampar. Celup, rendam jaringan serabut benang fiber yang dipotong kecil dalam resin fiberglass.

Tampalan gunakan jaringan serabut-serabut benang fiberglass pada rekahan, tunggu kering. Ambil sekeping lagi jaring fiberglass kemudian susun atas lubang sebelum sapu campuran resin atas fiberglass itu.

Biar kering dan ianya akan mengeras. Jika rekahan bampar teruk, boleh buat lapisan demi lapisan.


Fiberglass filler

Jika pergi kedai hardware beritahu saja, "fiberglass filler untuk body kereta, mahu yang keras punya".

Fiberglass puty filler kit itu datang dalam tin kecil. Hardener bentuk tiub, cedok sedikit, letak dalam bekas.

Ia dalam bentuk gel disebabkan resin. Titiskan hardener, gaul sebati dan sapu seperti sapukan gam saja.

Rekahan bampar hadapan gosok kertas pasir dahulu sebelum tampal permukaan dengan fiberglass filler puty. Tunggu benar-benar kering, gosok kertas pasir selepas itu.

Kemudian ambil simen tampal sekali lagi atas fibeglass puty tadi dan ratakan gunakan scrapper di atasnya. Tunggu kering dan gosok guna kertas pasir hingga licin dan halus.

Cara sembur bampar menggunakan spray:

Boleh cari cat semburan tin jenis DPI yang sama warna dengan kereta .

Dengan kertas surat khabar lama, bungkus tepi bampar. Bolehlah diwarna dengan semburan cat selepas itu.

Sumber: http://firestartingautomobil.blogspot.com/