Tembakau Advertise

Halaman

24 Mac 2014

Makan-makan di Pulau Langkawi

Di Langkawi, banyak tempat makan best, tapi apa yang aku listkan kat sini adalah dari citarasa dan pengalaman aku sendiri.. Lain orang, lain taste, betul tak? Tapi sepanjang aku duduk di Langkawi dulu, tempat yang ni lah aku selalu pegi makan pun.  Nak try tempat lain takut tak sedap dan mahal.. so cari yang berpatutan jela..

Breakfast 

Selalunya aku breakfast ni makan roti canai tapi aku tak suka makan roti canai kat kedai mapley di Langkawi, macam hampeh rasa kuah dia.. cair..So aku prefer makan di Atta Shoru dekat dengan roundabout airport Padang Matsirat atau satu lagi kedai di depan SRK Padang Matsirat, ada deretan kedai tepi jalan, kedai dia betul2 tengah warna biru kalau tak silap..
Boleh jugak kalau ada yang nak try makan Peknga (Lempeng kelapa), sebuah kedai kecil tepi jalan sebelah dengan klinik Delima. Peknga dia best, memang homemade mother cook ( macam mak kat rumah masak ).
Satu lagi di Kuah, Restoran Sinaran (Bertentangan Bank Islam)..Nasi minyak dia best makan dengan daging rendang..meleleh beb.
Dan kalau nak breakfast western pagi2 boleh try ke Troppoco terletak di Pantai Tengah, berhampiran Holiday Villa.. Food memang excellent, portion makanan yang besar dan kenyang..rasa pun lain dan sedap..tapi harga mahal lebih sikit..sebab situ banyak tourist foreigner..

Lunch

Selalu tengahari makan kat rumah ja..sebab aku jarang makan kat luar waktu tengahari.  Tapi aku pelik tengok orang selalu pegi kedai yang ramai orang.  Contoh macam kat Pdg Matsirat, restoran ikan bakar.. nampak asap berkepul-kepul, bas dan kereta berderet, orang beratur cedok lauk.. perggh.. pening aku.. dinasihatkan cari la tempat yang selesa sikit.. Tapi ada beberapa restoran untuk makan tengahari yang aku syorkan :-

  • Restoran Fatimah (Mata Ayer - Jalan ke Tok Senik Resort) ; suasana kedai sangat sejuk sebab dikelilingi pokok. Harga tak terlalu mahal bergantung pada lauk pauk. layanan tauke kedai yang mesra dan kalau nasib baik jumpa la artis-artis yang suka makan kat situ sebab kat situ privacy sikit..hehe..

  • Restoran Nasi Ayam Pak Ya - ( Jalan Trimula, Kuah) ; kedai paling kecoh di Langkawi sebab orang tak berhenti keluar masuk, orang datang makan dan blah sebab sini bukan tempat melepak.. sini memang fokus nasi ayam goreng garing, dibasahi oleh sos kicap dan sayur kobis ranggup.. simple yet delicious.. servis memang cepat..duduk je terus nasi sampai..haha camtu punya laju.

  • Restoran Wan Thai - (Jalan Arked Pokok Asam, Langkawi Mall) ; ni eksklusif sikit, sesuai utk yang bajet tinggi sikit, sesuai kalau nak bawa bos, mak ayah mertua makan kat sini.. makanan pun sedap dan real thai food.
  • Rojak Buah (nama tak tau..) ; kalau hangpa penggemar rojak buah, satu-satunya gerai jual rojak buah paling tak kedekut ialah di Jalan Ulu Melaka, gerai di bus stop hadapan Sekolah Maktab Mahmud Ulu Melaka.  Buah dah la banyak, kuah pekat, kacang pun banyak..harga RM2.50 - RM3.00.  Tak macam gerai lain yang bagi timun dan sengkuang banyak, kuah cair takda rasa.. 
  • Mee Rebus Aziz - (Arked Pokok Asam, kedai berhampiran bengkel motorsikal); ni adalah satu-satunya mee rebus di Langkawi yang aku suka makan.. cuma yang tak best, letak daging sikit sangat..tapi kuah dia..fuhh..best melatop..
Banyak lagi restoran untuk makan tengahari yang hidang lauk campur ni.. tapi yang aku bagi tu, tulah tempat aku pegi lunch.. berbaloi,sedap dan harga berpatutan..
Dinner
Ha...kalau nak makan malam, di Langkawi memang banyak tempat makan.. siang memang kurang sikit aktiviti makan.. aku listkan mana yang patut hangpa pi dan try sendiri.. antaranya:-
  • EE Burger - (Jalan Trimula, Kuah); ni antara kedai pelopor makanan western.. nak cakap best sangat pun tak jugak, tapi cukup untuk memuaskan keinginan makan western.. area ni parking susah sikit, kena cekap drive..
  • Artisan Pizza - (Pekan Rabu, Kuah & Pantai Cenang & Harbour Park); memandangkan di Langkawi tak wujud restoran pizza spt pizza hut, dominos, papa john dan lain-lain.. ni adalah perintis restoran pizza mampu milik di Langkawi.. tapi aku prefer makan pizza di Losteria, Pantai Cenang.  Real italy pizza..harga pun mahal sikit je dari Artisan.
  • Restoran Nelayan - (Jalan Bukit Malut, berhampiran Hospital Langkawi); nak cari tempat ni kena tanya orang tempatan..sebab jalan masuk senang terlepas pandang dan signboard pun ala-ala nampak tak nampak..pilihan seafood yang banyak..homestyle cooking..tapi harga tak pasti, kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah...
  • Restoran WanThai ; malam pun restoran ni bukak..
  • Nasi Goreng Ayam Bob - (tapak letak kereta berdekatan Jai Island Cafe, dekat jambatan mini dekat hotel Baron...) ; ni gerai orang lama, dari bila wujud aku tak pasti..nasi goreng ayam adalah main dish dia..plg best sambal yang pedas gila...nasi,ayam, sambal memang blend very well.. tapi lepas makan pedih perut... jangan lupa order teh ais berbuih sampai melimpah.. 
  • Melor Cafe a.k.a Nasi Goreng Sambal Telur (Jalan ke GoKart, masuk simpang kecil di Kampung Belak, Kedawang) ; ni adalah feveret spot aku dan kawan-kawan.. tuan kedai pun dah kenal sangat kami..sambal telur yang spesel makan dengan nasi goreng dia yang sangat simple.. ada udang dan ikan bilis... tengah taip ni pun ble tertelan air liur..
  • Warung Mak Tam - (Jalan Kedawang-Temonyong, sebelah car wash) ; ni hangpa kena tanya orang kampung gak lokasi warung ni.. yang ni memang pure air tangan emak yang masak.. sangat sedap dan berkhasiat.. Mak Tam masak memang macam untuk anak dia sendiri.. Tapi tak disyorkan kalau datang makan ramai-ramai sebab dia masak lambat sikit sebab teliti..nasi goreng ayam, laksa dan bihun sup adalah feveret dan best kat sini.
  • Restoran Arab Layalie Al-Syam (Dalam kawasan Langkawi Lagoon Resort) ; banyak-banyak restoran makanan arab atau timur tengah di Langkawi, aku selalu ke sini.  Bukan sebab owner dia ialah Ustaz Mustafa Kamal iaitu kenalan di pejabat dahulu, akan tetapi makanan yang disajikan memang best almost perfect. Servis pun standard hotel.  Portion makanan satu pinggan nasi memang untuk dua orang makan sebab orang arab ni makan kuat. setakat sepinggan tu dia telan dengan pinggan sekali.  
  • Gulai Kalut Mak Teh - (Kuala Triang); ni biasa lah, sapa yang gemar gulai dan ikan...ha ni tempatnya.. aku kureng sikit..dah takda choice sangat, makan jela..
Extra info:  
Di Langkawi memang banyak restoran dan tempat makan.. cuma bila melancong ni nak jugak cari tempat makan yang sedap dan popular.  Bagi aku kedai yang popular atau ramai orang kat situ belum tentu sedap dan kekadang harga mahal tak masuk akal..sebab di Langkawi ni kebanyakkan peniaga cuma nak meraih untung dengan sembelih pelancong dari luar.. kalau nampak macam pelancong, cakap bukan slang kedah, memang kena pow la.. tapi tak semua peniaga macam tu, ada yang jujur.. Yang mana aku list kat atas adalah tempat aku biasa makan dan tau sedap ke tidak, harga tak terlalu mahal.. Tapi kalau nak tempat makan yang ada view boleh try makan di Harbour Park, tp disitu banyak restoran italy, russia, mexico dan spain..view memang romantik.. Aku pun ada usya blog-blog lain yang promote tempat makan di Langkawi, aku pernah pegi situ dan ni antara review bidas aku, contohnya :-
  • Jai Island Cafe - Makanan dah ok, tapi dah dua tiga kali aku kena servis biadap dari staf.. ada yang staf bangla, cakap tak paham.. ada yang macam samseng amik order..pehh.. 
  • Laksa Power Airport Corner - Aku kurang pasti apa yang sedap kat situ, view memang best dengan angin bertiup, nampak kapal terbang take off/landing kat runway..tapi laksa tak power pun!! kuah cair, taruk chili flake, ikan tak pure... baik warung maktam lagi power..
  • Wonderland Seafood - Restoran seafood cina tapi halal?? atau kita yang menghalalkan?? trang tang tang dia sediakan bir dan wain kt situ..campur aduk dengan makanan lain..be careful...
  • lain-lain restoran masakan thai - semuanya sama ja rasa yang beza mahal atau tak..
Apapun para pelancong, make sure tempat kita makan tu halal, bersih dan harga yang munasabah.. Tapi nak marah pun tak ble jugak pasal harga ni sebab kebanyakkan bahan mentah diimport dari semenanjung so ada kos pengangkutan..coklat murah la, tapi takkan hari-hari nak makan coklat??
p/s: segala komen yang kurang baik bukan niat utk memburukkan kedai tersebut tapi ianya adalah pengalaman buruk yang saya lalui dan mungkin boleh juga peniaga restoran tersebut meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan makanan.. Gambar-gambar restoran yang dilistkan pun tak la banyak sangat so hangpa boleh google la..
Sumber Copy & Paste :) :  http://hafizhamid77.blogspot.com/2013/11/makan-makan-di-pulau-langkawi.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles