Tembakau Advertise
Halaman
25 Ogos 2009
Pulau Tuba, Langkawi
SEJARAH AWAL PULAU TUBA
Mengikut En. Rani bin Awang (JKKK Tuba Barat), berdasarkan sejarah awal, Pengasas yang mula-mula menemui Pulau Tuba ialah Tok Bagus dan pengikut-pengikutnya sebelum daripada zaman penjajahan Jepun lagi di Tanah Melayu. Tok Bagus dan pengikut-pengikutnya telah membuka tanah dan penempatan awal di Pulau Tuba dan kemudiannya orang-orang dari Utara Semenanjung turut serta ke Pulau ini untuk mendapatkan tanah dengan membuka lebih banyak tanah baru. Pulau Tuba mendapat nama sempena nama pokok Tuba yang banyak terdapat di Pulau itu. Pokok Tuba ini pada awalnya digunakan oleh penduduk sekitar untuk meracun tanaman mereka dari serangan makhluk perosak. Buah Pokok Tuba akan diambil dan ditumbuk sehingga hancur serta kemudiannya direndam di dalam air bagi meracun tanaman mereka. Namun, terdapat juga dongeng yang menyatakan bahawa Pulau ini mula-mula dibuka oleh Panglima Hitam dan pengikut-pengikutnya. Pada zaman penjajahan Tentera Jepun di Kedah, dua buah kilang telah di dirikan oleh Tentera Jepun iaitu kilang memproses kayu arang dan kilang memproses simen dengan mengeksploitasikan khazanah di Pulau Tuba yang kaya dengan dengan Pokok Bakau dan Batuan Granik.
Pulau Tuba merupakan pulau ketiga terbesar iaitu 1,736 hektar selepas Pulau Langkawi (32,180 hektar) dan Pulau Dayang Bunting (5,091 hektar) daripada 104 pulau di Langkawi (Hassan Naziri Khalid, et al, 2002). Namun, hanya tiga buah pulau itu sahaja didiami oleh manusia dan penduduk paling ramai adalah di Pulau Besar Langkawi dan kedua paling ramai penduduk adalah di Pulau Tuba yang majoritinya orang Melayu. Pulau-pulau lain mempunyai saiz yang kecil dan masih mengekalkan persekitaran alam semulajadi dan tidak didiami oleh manusia.
Pulau Tuba terletak sejauh 3.4 batu nautika daripada Jeti Point, Kuah dan mengambil masa diantara 10 sehingga 20 minit dengan menaiki bot dari Jeti Kuah. Berdasarkan kedudukkan geografi, Pulau Langkawi terletak di Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia di Negeri Kedah Darul Aman di antara garis lintang 6o 10’U hingga 6o 30’U dan garis bujur 99o 35’T hingga 100o T. Jika dilihat berdasarkan jarak pula, Pulau Langkawi terletak 30 kilometer dari Kuala Perlis, 51.5 kilometer daripada Kuala Kedah, 109 kilometer dari Pulau Pinang dan 55 kilometer dari Satun, Thailand (LADA, 2006).
Dipetik daripada Kajian Pelancongan dan Kemiskinan: Kajian Kes Di Pulau Tuba, Langkawi Kedah.
oleh Muhamad Fauzi Bin Abdullah, April 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tembakau Slide
Catatan Popular
-
SEJARAH AWAL PULAU TUBA Mengikut En. Rani bin Awang (JKKK Tuba Barat), berdasarkan sejarah awal, Pengasas yang mula-mula menemui Pulau Tuba ...
-
Download: Kami Guru Malaysia.mp3 GURU MALAYSIA Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimp...
-
Makan-makan di Pulau Langkawi Di Langkawi, banyak tempat makan best, tapi apa yang aku listkan kat sini adalah dari citarasa dan pen...
-
Salam semua, Hari ni tak de keje..dah settel semua kebetulan ari jumaat keje buat laju je..sebab esok cuti..yahooo... Ok dalam dok ri...
-
Ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh graduan atau anak-anak dibangku persekolahan. Cita-cita? semua orang mempunyai cita-cita terse...
-
Kalau bergayut dengan girlfriend atau boyfriend harus terjadi mcm nie..haha!! 1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang hense...
-
Ting Ma Ma De Hua (Listen to Mama’s Words) by Jay Chou 聽媽媽的話 | Ting Ma Ma De Hua | Listen to Mama’s Words 曲: 周杰倫 Qu: Zhou Jie Lun Music: Jay...
-
50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Mari kita baca apa fakta yang menarik tentang lelaki nih, ada yang yang...
-
10 Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. ...
sangat membantu bagi saya....salah seorang yang mencari peluang membina rumah rehat d pulau tuba.
BalasPadam