Tembakau Advertise
Halaman
31 Oktober 2011
Seronok ke kerja di bank?
Ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh graduan atau anak-anak dibangku persekolahan. Cita-cita? semua orang mempunyai cita-cita tersendiri. Ingin menjadi doktor, jurutera, guru, eksekutif bank dan sebagainya. Aku sejak ditadika lagi selalu dinasihati oleh arwah emak "Along, belajar rajin-rajin nanti boleh jadi pengurus bank macam Pak Long".
Kini setelah tamat pengajian disebuah IPTA pada tahun 2007, aku mula menghantar resume ke setiap bank dikawasan tempat aku. Dalam banyak-banyak bank yang aku mohon, sebuah bank memanggil aku untuk ditemuduga jawatan pegawai pemasaran. Namun, bukan rezeki aku pada masa itu maka permohonan aku tidak berjaya. Aku mencuba nasib dibidang lain selama 3 tahun, sehinggalah aku diberitahu yang bank yang pernah menemuduga aku memaparkan jawatan kosong.
Aku pun menghantar resume dan ditemuduga sekali lagi pada tahun 2010. Kali ini aku diterima untuk jawatan pegawai pemasaran dengan gaji kasar sebanyak RM2,000 dengan kontrak enam bulan bekerja dengan target RM600,000 sebulan untuk mencari pelanggan bagi membuat pembiayaan peribadi. Kerjanya agak mudah kerana aku tidak terikat dengan waktu pejabat. masuk kerja keluar cari pelanggan. Sehinggalah kontrak aku tamat dan ditawarkan jawatan tetap. Setelah lama dibank baru aku tahu ada dua bidang yang berbeza iaitu bidang operasi dan bidang jualan. Bagi adik-adik yang hendak kerja di dalam pejabat maka boleh memohon bidang operasi sama ada menjawat jawatan sebagai kerani, eksekutif atau pegawai perkhidmatan pelanggan. Saya berada dibidang pemasaran dan harus mencari pelanggan dan memenuhi sesuatu target yang diletakkan oleh majikan.
Namun, jika dilihat dari aspek gaji agak lumayan, gaji kasar tetap campur dengan komisyen jika ada jualan. Kelayakkan akedemik untuk kerani minimum spm dan maksimum diploma atau stpm. selamat mencuba..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tembakau Slide
Catatan Popular
-
SEJARAH AWAL PULAU TUBA Mengikut En. Rani bin Awang (JKKK Tuba Barat), berdasarkan sejarah awal, Pengasas yang mula-mula menemui Pulau Tuba ...
-
Download: Kami Guru Malaysia.mp3 GURU MALAYSIA Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimp...
-
Makan-makan di Pulau Langkawi Di Langkawi, banyak tempat makan best, tapi apa yang aku listkan kat sini adalah dari citarasa dan pen...
-
Salam semua, Hari ni tak de keje..dah settel semua kebetulan ari jumaat keje buat laju je..sebab esok cuti..yahooo... Ok dalam dok ri...
-
Ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh graduan atau anak-anak dibangku persekolahan. Cita-cita? semua orang mempunyai cita-cita terse...
-
Kalau bergayut dengan girlfriend atau boyfriend harus terjadi mcm nie..haha!! 1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang hense...
-
Ting Ma Ma De Hua (Listen to Mama’s Words) by Jay Chou 聽媽媽的話 | Ting Ma Ma De Hua | Listen to Mama’s Words 曲: 周杰倫 Qu: Zhou Jie Lun Music: Jay...
-
50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Mari kita baca apa fakta yang menarik tentang lelaki nih, ada yang yang...
-
10 Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan