
Pada suatu hari di kelas 4 Teratai 2009:
aku : Ok, hari ni cikgu ada satu teka-teki =)
Murid-murid 4T : Apa teka-tekinya, cikgu?
aku : Pada suatu petang, cikgu ternampak seorang budak perempuan memakai BAJU HUJAN tetapi dia BASAH KUYUP tetapi baju hujan itu baru sahaja dibelinya.
Murid-murid 4T : Baju dia koyak kot? baju dia tidak dibutangkan kot? Baju dia tidak dikenakan topi kot? Baju dia berlubang?
aku : salah.. baju dia baru beli la.. lagi pun kalau pakai baju hujan mana bleh basahkan =)
Murid-murid 4T : Kami tak tahulah..
Aku pun melukis gambar T-shirt yang ada logo payung dan nama HUJAN =)
Murid-murid 4T : La.. saya pun ada baju tu..
aku plak hanya tersenyum kerana mampu mengenakan murid-muridku =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan