Tembakau Advertise

Halaman

24 Ogos 2009

Bubur Lambuk UUM


Berbuka puasa di Universiti Utara Malaysia adalah amat mengharukan aku semasa menjadi Mahasiswa. Tahun ini adalah tahun ke 3 aku berpuasa di Langkawi. Aku sentiasa mengingati kenangan berbuka dimasjid sepanjang bulan Ramadhan 2006. Pada ketika itu aku merupakan pelajar tahun akhir, aku dan temanku Azhan Bin Jumaat hampir setiap hari berbuka di Masjid. Hal ini kerana kekurangan budget untuk membuat tesis.

Bagiku mungkin makanan yang akan dihidang adalah ala kadar sahaja. Namun, jangkaanku meleset sekali kerana makanan disediakan buat jamaah masjid amat mewah sekali dengan kurmanya, kuih-muih, makanan yang pelbagai jenis malahan kami siap dapat bekalah sahur dan hidangan paling menarik adalah bubur lambuk yang disediakan bergilir-gilir oleh setiap fakulti setiap hari merupakan menu paling istimewa disana.

Aku belajar banyak benda semasa disana, kesabaran, berkongsi dan berbuka dengan pelbagai kaum umat islam seperti orang arab, india, cina dari Tanah Besar China dan sebagainya. Kami selalu datang awal bagi membantu pekerja masjid menyusun makanan dan minuman.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles