Tembakau Advertise

Halaman

9 September 2012

TIP PERKAHWINAN

TIP PERKAHWINAN

(Ada rujuk ini kata Us Azhar Idrus)

KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui orang tua/wali si gadis).

KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa' mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%.

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles