Tembakau Advertise
Halaman
22 September 2012
Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan. Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.
Susu Ibu adalah yang Terbaik!
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:
Bagaimana Otak Berfungsi?
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.
* Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
* Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
* Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.
Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
* Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
* Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
* Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
Credit: Norul Huda (Info Ibu Hamil & Ibu Menyusu)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tembakau Slide
Catatan Popular
-
SEJARAH AWAL PULAU TUBA Mengikut En. Rani bin Awang (JKKK Tuba Barat), berdasarkan sejarah awal, Pengasas yang mula-mula menemui Pulau Tuba ...
-
Download: Kami Guru Malaysia.mp3 GURU MALAYSIA Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimp...
-
Makan-makan di Pulau Langkawi Di Langkawi, banyak tempat makan best, tapi apa yang aku listkan kat sini adalah dari citarasa dan pen...
-
Salam semua, Hari ni tak de keje..dah settel semua kebetulan ari jumaat keje buat laju je..sebab esok cuti..yahooo... Ok dalam dok ri...
-
Ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh graduan atau anak-anak dibangku persekolahan. Cita-cita? semua orang mempunyai cita-cita terse...
-
Kalau bergayut dengan girlfriend atau boyfriend harus terjadi mcm nie..haha!! 1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang hense...
-
Ting Ma Ma De Hua (Listen to Mama’s Words) by Jay Chou 聽媽媽的話 | Ting Ma Ma De Hua | Listen to Mama’s Words 曲: 周杰倫 Qu: Zhou Jie Lun Music: Jay...
-
50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Mari kita baca apa fakta yang menarik tentang lelaki nih, ada yang yang...
-
10 Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan