Tembakau Advertise

Halaman

22 September 2012

Kitaran Percintaan (Love Cycle)


Love Cycle 

When You Love, 
You Get Hurt, 

When You Get Hurt, 
You Hate, 

When You Hate, 
You Try To Forget, 

When You Try To Forget, 
You Start Missing, 

When You Start Missing, 
You Fall In L0ve Again......

Do You love me more than your family?


Girl :Do you love me more than ur family ?

Boy :No

Girl :Why ?

Boy :okay Listen dis. when i started to walk I fell, you were not there to pick me up. but my mom was. When i went outside, you were not there to hold my finger. but my dad was When i cried, you didn't gave me your toys to play, but my brother n sister did. My family is more precious than anything else :)

Kebahagiaan Itu Umpama Mengutip Serpihan Bola Kaca.


"Kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan bola kaca yang pecah, Ada yang berjaya mengutip dengan banyak, Ada yang sedikit, Tiada seorang yang berjaya mengutip kesemuanya, Manakala semasa mengutip, pasti ada yang akan terluka.."

Ada Berani? Y(^^)Y


Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu


Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.

Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan. Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.

 Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik!

 Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:

Bagaimana Otak Berfungsi?

Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.

 * Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).

* Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.

* Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.

Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu

 * Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.

* Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.

* Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.

Credit: Norul Huda (Info Ibu Hamil & Ibu Menyusu)

Mencari Kesempurnaan


“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”

Ada sebuah kisah perumpamaan. 

Seorang guru memberi arahan mudah kepada muridnya, ketika mereka sedang melalui sebuah lorong yang di kiri dan kanannya ada bunga-bunga indah. “Sepanjang perjalanan kita ini, petiklah sekuntum bunga yang paling cantik dan memuaskan bagimu. Apabila kita sampai di hujung nanti, kita tak boleh berpatah balik”. Maka mereka pun berjalan menyusuri lorong tersebut. Murid tersebut ternampak sekuntum bunga yang indah dan cantik, namun hatinya berbisik, “di depan pasti ada yang lagi cantik”. Lalu mereka terus berlalu. Beberapa bunga yang dilihatnya, tetap juga tidak dipetik. “Ada kurang sikit lah pada bunga ni”. Berjalan dan terus berjalan, akhirnya tak satupun bunga dipetiknya ketika sampai di hujung lorong sedangkan dia tak dapat berpatah balik. 

Gurunya lantas berpesan, “Itulah ibaratnya jika mencari kesempurnaan pada makhluk”.

16 September 2012

Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang

Belanja kahwin mahal punca ramai pemuda Melayu berhutang
Petikan artikel Malaysian Insider

Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu. Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”. “Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan. “Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang. “Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000. “Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.” Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan. Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan. Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.

“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini. Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian. “Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi. “Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.” Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya. “Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula. “Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.

Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota. Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan. Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh. Menurut kenyataannya kepada Berita Harian hari ini, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu. Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda. Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

“Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya. Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencatatkan penceraian pada tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes berbanding tahun 2010 iaitu 28,035 kes. Bagaimanapun, menurut timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun penurunan sebanyak 2.5 peratus. Dr Mashitah berkata, Selangor mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi iaitu sebanyak (4,409 kes), diikuti Johor (3,021 kes) dan Kelantan (2,429 kes).

Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya. “Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya. “Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi. Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya. “Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar. “Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/belanja-kahwin-mahal-punca-ramai-pemuda-melayu-berhutang/

9 September 2012

TIP PERKAHWINAN

TIP PERKAHWINAN

(Ada rujuk ini kata Us Azhar Idrus)

KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui orang tua/wali si gadis).

KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa' mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%.

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.




Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles