Tembakau Advertise

Halaman

25 Ogos 2009

David Tao - Ai, Hen Jian Dan


David Tao - Ai, Hen Jian Dan

Wang le shi zen me kai shi
Ye xu jiu shi dui ni you yi zhong gan jue
Hu ran jian fa xian zi ji
Yi shen shen ai shang ni Zhen de hen jian dan

Ai de di an tian hei dou yi wu suo wei
Shi shi fei fei wu fa jue ze
Mei you hou hui wei ai ri ye qu ken sui
Na ge feng kuang de ren shi wo O

I LOVE YOU Wu fa bu ai ni BABY
Shuo ni ye ai wo
I LOVE YOU Yong yuan bu yuan yi BABY
Shi qu ni

Bu ke neng geng kuai le Zhi yao neng zai yi qi
Zuo she me dou ke yi Sui ran shi jie bian ge bu ting
Yong zui zhen cheng de xin Rang ai bian de jian dan

I LOVE YOU Wo yi zhi zai zhe li
Yi zhi zai ai ni
I LOVE YOU, OH YES I DO
Yong yuan dou bu fang qi Zhe ai ni de quan li

Ru guo ni hai you yi xie kun huo OH NO
Qing tie Wo de xin qing ting Ting wo shuo Ai Ni
YES I DO Wo ai ni

David Tao - Ze Ai Heng Jian Dan.mp3

Pulau Tuba, Langkawi


SEJARAH AWAL PULAU TUBA

Mengikut En. Rani bin Awang (JKKK Tuba Barat), berdasarkan sejarah awal, Pengasas yang mula-mula menemui Pulau Tuba ialah Tok Bagus dan pengikut-pengikutnya sebelum daripada zaman penjajahan Jepun lagi di Tanah Melayu. Tok Bagus dan pengikut-pengikutnya telah membuka tanah dan penempatan awal di Pulau Tuba dan kemudiannya orang-orang dari Utara Semenanjung turut serta ke Pulau ini untuk mendapatkan tanah dengan membuka lebih banyak tanah baru. Pulau Tuba mendapat nama sempena nama pokok Tuba yang banyak terdapat di Pulau itu. Pokok Tuba ini pada awalnya digunakan oleh penduduk sekitar untuk meracun tanaman mereka dari serangan makhluk perosak. Buah Pokok Tuba akan diambil dan ditumbuk sehingga hancur serta kemudiannya direndam di dalam air bagi meracun tanaman mereka. Namun, terdapat juga dongeng yang menyatakan bahawa Pulau ini mula-mula dibuka oleh Panglima Hitam dan pengikut-pengikutnya. Pada zaman penjajahan Tentera Jepun di Kedah, dua buah kilang telah di dirikan oleh Tentera Jepun iaitu kilang memproses kayu arang dan kilang memproses simen dengan mengeksploitasikan khazanah di Pulau Tuba yang kaya dengan dengan Pokok Bakau dan Batuan Granik.


Pulau Tuba merupakan pulau ketiga terbesar iaitu 1,736 hektar selepas Pulau Langkawi (32,180 hektar) dan Pulau Dayang Bunting (5,091 hektar) daripada 104 pulau di Langkawi (Hassan Naziri Khalid, et al, 2002). Namun, hanya tiga buah pulau itu sahaja didiami oleh manusia dan penduduk paling ramai adalah di Pulau Besar Langkawi dan kedua paling ramai penduduk adalah di Pulau Tuba yang majoritinya orang Melayu. Pulau-pulau lain mempunyai saiz yang kecil dan masih mengekalkan persekitaran alam semulajadi dan tidak didiami oleh manusia.

Pulau Tuba terletak sejauh 3.4 batu nautika daripada Jeti Point, Kuah dan mengambil masa diantara 10 sehingga 20 minit dengan menaiki bot dari Jeti Kuah. Berdasarkan kedudukkan geografi, Pulau Langkawi terletak di Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia di Negeri Kedah Darul Aman di antara garis lintang 6o 10’U hingga 6o 30’U dan garis bujur 99o 35’T hingga 100o T. Jika dilihat berdasarkan jarak pula, Pulau Langkawi terletak 30 kilometer dari Kuala Perlis, 51.5 kilometer daripada Kuala Kedah, 109 kilometer dari Pulau Pinang dan 55 kilometer dari Satun, Thailand (LADA, 2006).

Dipetik daripada Kajian Pelancongan dan Kemiskinan: Kajian Kes Di Pulau Tuba, Langkawi Kedah.
oleh Muhamad Fauzi Bin Abdullah, April 2007

Micheal Jackson - Give Thanks To Allah


Micheal Jackson - Give Thanks To Allah

This is the lyric of the soul captured song from the late Michael Jackson.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allah o Ghefor Allah o Rahim Allah o yihibbon Mohsinin,
o Khalikhone o Razikhone whahoe ala kolli sjeiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to sjeitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allah o Ghefor Allah o Rahim Allah o yihibbon Mohsinin,
o Khalikhone o Razikhone whahoe ala kolli sjeiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
He is a creater, he is a sistainer and He is the one who has power over al

Bagi memuat turun lagu ini klik link dibawah:

Michael Jackson - Give Thanks To Allah.mp3

24 Ogos 2009

Anak Pemberian Tuhan dan jangan abaikan mereka

Anak merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada para ibubapa dan jangan abaikan mereka. Mereka ibarat kain putih yang mencorakkan kedua-dua ibubapa mereka. Mereka adalah bakal generasi yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang. Jangan pengaruhi mereka dengan dakyah-dakyah yang tidak benar.

Apabila anak anda dirotan atau dihukum oleh guru-gurunya, fikirkan positif mungkin dia ada melakukan kesilapan di sekolah. Tugas guru bukan merotan dan menghukum anak-anak tetapi mendidik mereka. Seperti mana kita dirotan disekolah kerana kenakalan kita, seperti itu juga mereka terima hukuman =) Jangan 100% salahkan cikgu-cikgu anak-anak anda.. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi Anakku Sazali di zaman moden..

Teka-Teki Hujan

Kumpulan Hujan sekarang ini agak tip-top juga sehinggakan ada pihak yang mencetak dan menjual t-shirt yang ada logo kumpulan ini.. Lalu aku dengan jahatnya mendapat idea baru apabila melihat seorang budak perempuan memakai t-shirt HUJAN untuk membuat satu teka-teki kepada murid-muridku.

Pada suatu hari di kelas 4 Teratai 2009:

aku : Ok, hari ni cikgu ada satu teka-teki =)

Murid-murid 4T : Apa teka-tekinya, cikgu?

aku : Pada suatu petang, cikgu ternampak seorang budak perempuan memakai BAJU HUJAN tetapi dia BASAH KUYUP tetapi baju hujan itu baru sahaja dibelinya.

Murid-murid 4T : Baju dia koyak kot? baju dia tidak dibutangkan kot? Baju dia tidak dikenakan topi kot? Baju dia berlubang?

aku : salah.. baju dia baru beli la.. lagi pun kalau pakai baju hujan mana bleh basahkan =)

Murid-murid 4T : Kami tak tahulah..

Aku pun melukis gambar T-shirt yang ada logo payung dan nama HUJAN =)

Murid-murid 4T : La.. saya pun ada baju tu..

aku plak hanya tersenyum kerana mampu mengenakan murid-muridku =)

Ramadhan dan HUJAN =)


Hari ini adalah hari ke3 puasa di Langkawi dan setiap hari pun hujan sepanjang hari, puasa memang best disaat ini. Namun, aku sekarang tersekat di Cyber Cafe =(.

Setiap hari pun hujan lebat, sukar bagi insan seperti aku untuk menapak pulang ke rumah mahupun ke pasar ramadhan oleh keranamu hujan..

Buat insan dirumah sekarang ini, anda dinasihatkan tarik selimut anda dahulu.. =)

Bubur Lambuk UUM


Berbuka puasa di Universiti Utara Malaysia adalah amat mengharukan aku semasa menjadi Mahasiswa. Tahun ini adalah tahun ke 3 aku berpuasa di Langkawi. Aku sentiasa mengingati kenangan berbuka dimasjid sepanjang bulan Ramadhan 2006. Pada ketika itu aku merupakan pelajar tahun akhir, aku dan temanku Azhan Bin Jumaat hampir setiap hari berbuka di Masjid. Hal ini kerana kekurangan budget untuk membuat tesis.

Bagiku mungkin makanan yang akan dihidang adalah ala kadar sahaja. Namun, jangkaanku meleset sekali kerana makanan disediakan buat jamaah masjid amat mewah sekali dengan kurmanya, kuih-muih, makanan yang pelbagai jenis malahan kami siap dapat bekalah sahur dan hidangan paling menarik adalah bubur lambuk yang disediakan bergilir-gilir oleh setiap fakulti setiap hari merupakan menu paling istimewa disana.

Aku belajar banyak benda semasa disana, kesabaran, berkongsi dan berbuka dengan pelbagai kaum umat islam seperti orang arab, india, cina dari Tanah Besar China dan sebagainya. Kami selalu datang awal bagi membantu pekerja masjid menyusun makanan dan minuman.. =)

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 52 Mari kita bersama-sama menghargai kemerdekaan dan keamanan ini agar ia akan berterusan dapat dinikmati oleh semua generasi akan datang.


Jangan kita berpecah belah dan amalkan semangat satu Malaysia agar negara kita terus aman, maju, makmur dan berjaya =)

Berkongsi dan bemuafakat antara kaum adalah nilai masyarakat majmuk di Malaysia. Teruskan apa yang telah diamalkan oleh datuk dan nenek kita untuk kemakmuran Malaysia.. Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..


16 Ogos 2009

Selamat Berpuasa =)


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2009.
Ramadhan mengajar kita bersederhana di dalam kehidupan. Buat anak-anak yang menziarahi blog ini jangan ponteng-ponteng puasa.
Cikgu sengaja upload gambar ni untuk tatapan dan menguji keimanan serta puasa anda =)

Camping de Sedim


Perkhemahan Persatuan Mahasiswa Ekonomi (ECOSA) UUM, 2007 ke Sungai Sedim, Kulim Kedah. Kawasan di sini amat nyaman dan indah sekali.
Kami melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti water tubing, memasak, memasang khemah dan jungle tracking.
Member-member aku Azhan, Aizat, Raizan, Dalil dan Fendi =) Miss you all so much my friend.

12 Ogos 2009

Komik Kegemaran Aku


Kartini merupakan sebuah karya agung daripada kartunis yang amat aku minati iaitu Saudara Asri Bin Mohd atau "Tembakau". Minat terhadap karya beliau menyebabkan nama beliau aku abadikan di dalam hidup ini menjadi email dan nick name aku.
Kartini mengisahkan zaman persekolahan penulis disekolah agama dan mirip sekali dengan kisah aku disekolah dahulu. Jika anda berpeluang cari dan baca komik ini bagi mengisi masa terluang. Ia juga menceritakan semangat setiakawan, kehidupan di asrama dan sebagainya

9 Ogos 2009

Fazli dan bebudak 4 Mawar 2009


gambar budak fazli dengan anak-anak buahnya sebelum menjadi pramugara AirAsia =)..
p/s aku pun tak tahu dia keja pe kat sana..

Bebudak 3 RKA 1998


aku yang diharap-harapkan orang kampung untuk menjadi ustaz tetapi tidak berjaya menguasai bahasa arab dan hari-hari kena sound dengan ustazah Nafisah. Setelah 3 tahun bebudak RKA bertambah ramai bersama Cikgu Saadiah Ani.

Kenangan 1 RKA 1996


Aku pada hari bergambar dengan kekawan bebudak Rancangan Khas Agama pada tahun 1996 bersama Cik Siti Aminah (Dah tak Cik lagi kot sekarang)

Gambar Kelas Aku 2009



Menjadi sejarah bebudak 4 Cempaka yang selalu mencuit hati aku dan ada selalu dihukum oleh aku..













Dalam Surat Khabar pun ada gambar
bebudak 4 Cempaka.. =)

Gambar Kelas 4 CEMPAKA 2009




Gambar kelas pertama aku sebagai guru kelas pada tahun 2009, menjadi guru kelas 4 Cempaka di Sek. Keb. Seri Negeri Langkawi. Walaupun telah tiga kali menjadi guru kelas tetapi tahun ini ada kenangan dapat di simpan. Aku pernah menjadi guru kelas 2 Bijak di Sek. Keb. Kuala Teriang, Langkawi pada tahun 2003 dan guru kelas 3 Arif di Sek. Keb. Penghulu Ahmad, Langkawi pada tahun 2007.

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles