Tembakau Advertise

Halaman

17 November 2015

5 Tanda Anda Seorang Yang Boros & Tak Pandai Uruskan Kewangan!

Tak salah bila dapat je gaji nak pergi bercuti dan berbelanja. Tapi biarlah berpada-pada dan tidak keterlaluan.
Jangan sampai tiap kali hujung bulan je makan maggie!

Duit gaji habis sebelum hujung bulan


Ini antara tanda-tanda jika anda seorang yang boros dan tidak pandai uruskan kewangan.
1
Taraf hidup makin tinggi. Mana yang duduk bujang tu macam-macam nak bayar. Rumah sewa la, bil dan juga belanja harian. Tapi, mesti ada duit lebih lagi kan. Tapi, kalausebelum hujung bulan, gaji anda dh habis, itu tandanya anda seorang yang boros!


Tak reti tolak ajakan kawan

2
Bukan tak boleh nak lepak dengan kawan-kawan. Tapi, janganlah sampai buat anda jadi sengkek. Kandang-kadang tu anda pergi lepak bukan dekat tempat biasa-biasa. Kalau dah masa tu anda dah out of budget, pandai-pandailah tolak ajakan kawan tu okay!

Kad kredit jadi kawan baik

3
Ramai belia di Malaysia diisytiharkan muflis gara-gara kad kredit. Bukannya tak boleh pakai, tapi biarlah berpada-pada. Ini tidak! Hanya kerana nak show off, hutang sampai keliling pinggang. Tiada hutang, tiada masalah!

Tidak menabung

4
Masalah anak muda sekarang ialah tiada simpanan langsung. Tanya diri anda, berapa simpanan yang anda ada sekarang? Setiap hujung bulan, pastikan anda ketepikan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus daripada jumlah keseluruhan gaji.

Tidak ada dana kecemasan

Bridesmaids-GIF
Setiap bulan pasti akan terjadi situasi dimana anda terdesak sangat nak pakai duit. Tapi, anda sudah tiada lagi duit, melainkan duit simpanan. Takkan nak guna duit simpanan. Jadi, sediakan dua tabung iaitu untuk duit simpanan dan kecemasan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles