TIGA (3) KEPERCAYAAN MENGARUT TENTANG MENABUNG
Lebih meruncing lagi apabila masyarakat
kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk
kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang
Allah gambarkan di dalam surah Yusuf.
Kemudian akan datang selepas
tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan
makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu
simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48
1 – Tiada Duit Untuk Simpan
Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan.
Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus
paling kecil dan nilai paling rendah. Kata-kata adalah antara salah satu
bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan,
kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.
2 – Simpan Untuk Kecemasan
Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa
yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih
kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk
meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita
niatkan simpan untuk membina kekayaan.
3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula
Ia adalah suatu perkara yang biasa
terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk
kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan
suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada
pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu
juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.
LIMA (5) TEKNIK MENYIMPAN DARIPADA PAKAR KEWANGAN
5 petua menyimpan duit bagi orang yang susah menyimpan
– Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang
terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis
buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon
dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.
1 – Simpan Si Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea
yang kreatif. Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si
Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah
balang dan khaskan penyimpanan RM5.
2 – Simpan Si Oren
Andai berkemampuan dan mampu menebaskan
nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang
yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.
3 – Simpan Duit Syiling
Ini adalah taraf paling rendah bagi
mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1).
Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit
syiling.
4 – Simpan 10% Duit Gaji
Bagi mereka yang bekerja makan gaji,
kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut
dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai
10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”- Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan
jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan
RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila
kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet
wang yang menarik lebih banyak wang.
5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)
“Aliran wang orang kaya – dapat duit,
simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit,
belanja.”- Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap
hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap
status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk
mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
Sumber: Copy&Paste
Tiada ulasan:
Catat Ulasan