Dividen dan bonus ASB untuk tahun berakhir 31 Disember 2010, telah diumumkan. Dividen sebanyak 7.5% dan bonus sebanyak 1.25%. Dividen dikira keatas simpan selama setahun dan bonus dikira keatas simpanan selama 10 tahun.
Jika anda mula melabur 10 tahun dahulu, sekarang adalah kali yang ke-sepuluh bakal menerima dividen dan bonus penuh, dividen 7.5% dan bonus 1.25%. Jika ini adalah kali yang pertama dan anda bermula dari Januari lepas, kelayakan anda ialah 7.5% dividen dan 0.125% bonus untuk setahun.
Katakan anda adalah pelabur yang melabur semenjak 10 tahun dahulu. Anda akan menerima pulangan sebanyak 7.5% + 1.25% = 8.75%. Jika anda bermula Januari lepas, pulangan yang bakal diperolihi ialah 7.5% + 0.125% = 7.625%.
Bagaimana pula dengan kenaikan harga emas. Untuk memudahkan mari kila lihat statistik Kijang Emas dari BNM.
Katakan anda membeli Kijang Emas pada 4/1/2010. Nilai Kijang Emas 1oz ketika itu ialah RM3902.
Date | 1 oz | 1/2 oz | 1/4 oz | |||
Selling | Buying | Selling | Buying | Selling | Buying | |
4/1/2010 | 3,902 | 3,669 | 1,989 | 1,834 | 1,013 | 917 |
Nilai Kijang Emas 1oz pada 22/12/210 ialah RM4613
Date | 1 oz | 1/2 oz | 1/4 oz | |||
Selling | Buying | Selling | Buying | Selling | Buying |
2010-12-22 | 4,613 | 4,432 | 2,350 | 2,216 | 1,197 | 1,108 |
Dari statistik diatas dapat dilihat bahawa peningkatan harga dari RM3902 kepada RM4613. Meningkat sebanyak RM711 atau peningkatan sebanyak 18.22%. Lebih dari 2 kali ganda keuntungan berbanding ASB. Walau bagaimana pun harga emas bergantung kepada pasaran emas semasa.
Dari sudut mudah tunai / kecairan, ASB lebih mudah tunai berbanding emas, tetapi adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pelaburan anda dalam kedua-duanya. ASB jika terdesak memerlukan wang sementara, emas untuk memaksimakan keuntungan.
Salah satu caranya, gunakan dividen ASB untuk membeli emas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan