Tembakau Advertise

Halaman

1 September 2009

Harian Metro "Petrol RON 95 naik lima sen"




KUALA LUMPUR: Harga petrol utama negara, RON 95 akan dijual pada harga RM1.80 seliter, naik lima sen berbanding harga asal ketika prapelancarannya Mei lalu iaitu RM1.75, manakala RON 97 dijual pada harga RM2.05.

Petrol gred baru itu akan diguna pakai di semua 3,500 stesyen minyak seluruh negara, bermula hari ini menggantikan petrol RON 92 yang kurang mendapat sambutan dan RON 97 dinaik taraf menjadi produk premium.

Kenaikan tidak ketara itu bagaimanapun dianggap tidak membebankan rakyat berikutan kerajaan sudah menanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan.

Selaras itu RON 97 yang diperhebatkan akan menjadi petrol pilihan untuk pengguna kenderaan berkuasa tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau percaya penggunaan petrol RON 95 mampu memenuhi permintaan berdasarkan kelebihannya yang tidak menjejaskan enjin kereta nasional setanding kenderaan import.

“Walaupun ketika pengenalan petrol gred ini dulu harga jualannya ditetapkan RM1.75, tetapi kita tidak boleh mengekalkannya berikutan kenaikan harga minyak dunia dalam tempoh ini yang menjangkau AS$82 dollar berbanding, sebelumnya AS$40 (kenaikan 102 peratus).

“Malah, statistik menunjukkan 80 peratus pengguna sudah beralih kepada RON 95 sejak penjualannya bermula 12 Mei lalu ketika prapelancarannya di Putrajaya” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles