Tembakau Advertise

Halaman

30 Oktober 2015

Tips Menarik - Cara Berhadapan Dengan Bekas Kekasih

Setiap orang pasti memiliki kisah silam yang indah ataupun yang sedih. Walaupun sedih sekali kenangan silam kita itu, ia adalah satu pengajaran yang berguna. Betul tak? Pengalaman silam mendewasakan dan mematangkan kita. Kerananya, kita jadi seseorang yang boleh bangun kembali dan lebih bersemangat untuk hidup.

  

Ada beberapa cara yang akan saya kongsikan sebagai panduan untuk berhadapan dengan bekas kekasih/ bekas pasangan kita.

1. Berani berhadapan dengannya
2. Berfikiran positif
3. Bertegur sapa secara sederhana
4. Mendoakan kebaikan buatnya
5. Berubah ke arah lebih baik
6. Bersangka baik
7. Memperkenalkan pilihan kita hari ini

CARA BERHADAPAN DENGAN BEKAS KEKASIH 


1. Berani berhadapan dengan bekas pasangan


Perkara pertama yang sering menghantui seseorang dengan bekas kekasih/ pasangan adalah takut berhadapan dengan diri masing-masing. Mengapa boleh jadi begitu? Kerana kita pernah memiliki dan membina kenangan bersama. Betul tak? Oleh itu buang semua kenangan dan ambil yang positif sahaja. Tampil berani dengan berhadapan secara matang. Buang sikap egois dan emosional yang boleh mencacatkan penampilan anda di hadapan bekas kekasih.

Ramai orang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dan mengelak dari dihantui rasa bersalah tetapi kemudiannya menderita akibat tekanan perasaan dan gangguan syaitan yang mempergunakan kisah-kisah lama untuk menghalang kita daripada maju ke depan dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.

Untuk jadi berani kita kena kuat menahan perasaan, simpan sebaik mungkin baki perasaan yang masih bersisa dan senyum bagi penguat semangat. Perasaan di dalam hati biar jadi rahsia antara kita dengan Allah. Akhir sekali hulurkan kemaafan ketika bertemu dengan bekas pasangan agar hubungan silaturrahim masih boleh diteruskan.

Oleh yang demikian apabila ternampak bekas kekasih atau melihatnya di suatu tempat, buat seperti biasa dan teruskan urusan anda tanpa perlu takut atau bimbang dan jauh sekali melarikan diri ataupun mengelak.

2. Berfikiran positif


Selain daripada berani, kita juga harus berfikiran positif dengan bekas pasangan. Fikirkan apakah kebaikan yang pernah dihulurkan kepada kita pada satu ketika dahulu terutamanya jika kita pernah menjadi suami atau isteri. Mungkin dahulu beliau yang menanggung perbelanjaan keluarga dan menghantar kita pergi dan balik kerja. Bila kita kenangkan kebaikan tersebut, tentu kita berasa terhutang budi. Perpisahan yang terjadi mungkin kerana anda dan bekas pasangan/bekas kekasih tiada jodoh. Dengan berfikiran positif seperti itu kita pasti tidak menghadapi masalah berdepan dengan bekas kekasih.

3. Bertegur sapa secara sederhana


Jika ditakdirkan anda bersemuka lagi dengannya, layanlah bekas kekasih anda secara sederhana. Usah tunjukkan yang anda masih menyimpan perasaan. Mungkin anda masih bekerja di bawah satu bumbung, mungkin bekas pasangan itu pensyarah anda. Jadi, hentikan memasang harapan dan begitu juga, jangan biarkan bekas kekasih anda itu menaruh harapan semula. Selalu tampil bersama dengan kawan-kawan agar tiada peluang untuk bekas kekasih menganggu hidup anda lagi.
  

Yang lepas biarlah berlalu melainkan anda dan bekas pasangan/kekasih ada niat untuk kembali bersama semula.


4. Mendoakan kebaikan buatnya


Sudah berpisah tidak semestinya kita tidak boleh mendoakan bekas kekasih kita. Berdoalah untuk mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Jika sewaktu menjadi pasangan mungkin kelakuannya dan perangainya agak teruk, doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Doa ialah suatu ibadah yang mulia dan mudah dilakukan. Tidak ada yang mustahil bagi kita dengan berdoa. Ianya juga adalah sedekah yang paling mudah dibuat oleh seseorang. Jangan kedekut untuk berdoa dan mendoakan bekas kekasih agar dia mendapat kebaikan dan diberikan oleh Allah SWT dengan petunjuk atau hidayah seperti yang kita perolehi.
Firman Allah SWT : “Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran : 134)
Mendoakan bekas kekasih bermaksud kita sebenarnya telah berjaya memaafkan kesalahan diri kita sendiri dan mampu menghadapi peristiwa lalu dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang kuat. Dengan berdoa secara tidak langsung kita pun telah memaafkan dirinya.

5. Berubah ke arah lebih baik


Selain daripada itu, kita juga harus memainkan peranan memperbaiki diri kita sendiri. Salah satu sebab perpisahan mungkin sikap kita yang kurang disenangi oleh bekas kekasih atau pasangan. Mulai sekarang kita haruslah berubah menjadi lebih baik daripada dahulu. Tunjukkan sikap-sikap positif kita agar orang di sekeliling menyedari perubahan kita itu. Dengan secara tak sengaja kisah perubahan kita pasti sampai ke pengetahuan bekas kekasih.
  

Dengan yang demikian, setidak-tidaknya bekas kekasih terus menghormati kita kerana perubahan yang kita lakukan itu. Putus kasih tidak membuatkan kita patah semangat untuk hidup. Teruskan kehidupan dengan tekad baharu dan semangat yang kuat. Jika terserempak semula dengan bekas kekasih, tentu kita tidak berasa kekok atau bimbang memandangkan kita pun telah berhijrah ke arah kebaikan.

6. Bersangka baik


Bersangka baiklah dengan bekas pasangan kita. Dengan cara ini kita boleh menghadapi bekas pasangan tanpa rasa takut atau malu.  Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana bekas kekasih juga sama seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang pemarah tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang sangat lembut hati dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memaafkan.

Allah s.w.t pun ada berfirman yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)

7. Memperkenalkan pasangan baru kita kepada bekas kekasih


Akhir sekali, perkenalkan pasangan baru kita hari ini. Tunjukkan kepadanya jenis apakah dan bagaimana pilihan yang telah kita buat sekarang. Jika kita mahukan yang terbaik, sudah pasti kita akan menunjukkan pasangan baru kita adalah seorang yang lebih baik daripada bekas kekasih. Harus mencari pasangan yang memiliki beberapa ciri yang positif antaranya pengetahuan agamanya, pendidikannya, sahsiah diri serta hubungan pasangan dengan keluarga dan adik beradiknya.

Jika bekas kekasih mengetahui bahawa kita telahpun mencari pengganti, pasti dia akan mengundur diri dan tidak berterusan menganggu kita lagi. Namun perlu diingatkan, biarpun anda dan bekas pasangan telah tidak sehaluan lagi, janganlah diputuskan tali silaturrahim yang pernah terjalin.

Saling mendoakan yang terbaik buat bekas pasangan masing-masing adalah satu cara terpuji bagi menghindarkan permusuhan dalam persaudaraan sesama Islam.

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan sedikit sebanyak panduan kepada kita semua yang menghadapi masalah berdepan dengan bekas kekasih/pasangan.

Panduan Menghadapi Bekas Kekasih/Pasangan


Dalam hidup ini tiada siapa yang boleh menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kekal kata kita tetapi akhirnya berpisah juga rupanya kemudian.

Firman Allah SWT : “Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dilakukannya pada hari esok.” (Luqman : 34)
Dunia bukanlah terlalu luas sehingga mustahil untuk kita saling tidak bertemu muka dengan bekas kekasih lama.

Pejam celik masa berlalu pantas tetapi dunia semakin mengecil dan menyempit sehingga kadang-kadang kita terpaksa berjiran dengan bekas kekasih atau kawan lama yang terputus.
Ramai orang tidak tahu apa yang harus dilakukan jika bertemu dengan bekas kekasih, bekas tunang, bekas pakwe, atau bekas girlfriend yang suatu ketika dahulu begitu mesra dan akrab.
Makan sepinggan, minum secawan bahkan ada yang lebih daripada itu.
Apa yang harus dilakukan ?

Melarikan diri atau mengelak dari terus bertemu ? Mengelak dari bercakap atau bertentang mata ?
Bagaimana jika bekas kekasih lama itu rakan sekerja dan bersama-sama menghuni kawasan perumahan kondominium yang sama atau kebetulan menaiki bas atau lift yang sama ?
Baiklah, berikut ialah panduan untuk anda menghadapi bekas kekasih lama menurut panduan Islam setakat yang mampu saya catatkan.

1. Jangan takut menghadapi kesilapan lalu

Pertama sekali apabila ternampak kelibat bekas kekasih atau rakan lama yang pernah mempunyai hubungan rapat dan mesra dengan kita suatu ketika dahulu maka hendaklah kita jangan melarikan diri.
Ramai orang mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dan mengelak dari dihantui rasa bersalah tetapi kemudiannya menderita akibat tekanan perasaan dan gangguan syaitan yang mempergunakan kisah-kisah lama untuk menghalang kita daripada maju ke depan dan menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik.
Setiap orang pernah berbuat silap !

Tidak ada manusia yang bersih daripada kesilapan dan dosa kecuali rasul-rasul Allah SWT dan mereka sendiri sebagai manusia pun pernah berbuat silap dan ditegur oleh Allah SWT.
Bertaubatlah kepada Allah SWT atas dosa-dosa kita dan hadapilah ia dengan tabah dan berani serta yakin kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT !

Allah tidak akan mempersia-siakan taubat orang yang ikhlas mahu membersihkan diri kepadaNya !
Firman Allah SWT : “Sesungguhnya taubat di sisi Allah ialah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 17)

Oleh yang demikian apabila ternampak bekas kekasih atau melihatnya di suatu tempat, buat seperti biasa dan teruskan urusan anda tanpa perlu takut atau bimbang dan jauh sekali melarikan diri atau mengelak.
Serahkan kepada Allah SWT bahawa kejadian ini pasti ada hikmah dan teladannya. Seterusnya bacalah doa isti'azah (meminta perlindungan Allah SWT daripada syaitan) di dalam hati atau secara perlahandengan menyebut :

اعوذباالله من الشيطان الرجيم
“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”

Sesungguhnya meminta perlindungan daripada Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupakan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu.

2. Buktikan kita telah berubah dengan berani menampilkan diri

Tanda seseorang itu berubah ialah dia berani untuk menampilkan dirinya kepada orang lain dan tidak takut dengan celaan dan umpatan manusia kerana dia benar-benar mahu berubah dan tidak peduli dengan apa yang orang akan kata.

Kalau dahulu “free hair” , berambut “blonde” tetapi kini sudah bertudung dan berbaju kurung maka jangan malu menampilkan diri anda yang baru sekalipun mungkin akan mengundang kecaman dan celaan atau kritikan daripada mereka yang pernah rosak atau sezaman dengan diri anda yang dahulu.
Beranilah kerana benar !

Kita adalah peribadi yang baru dengan diri dan azam yang baru. Hadapi bekas kekasih jika dia berada di hadapan kita atau di sisi kita dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang bertemu dengan seseorang yang telah bertaubat, telah berubah dan telah menjadi manusia yang menyerah diri kepada Allah SWT dan mahu menjadi seorang hamba yang berbakti kepada agamanya.

Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Ash’ari RA, daripada Nabi SAW sabdanya : “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.” (hadith riwayat Muslim)

3. Tegur jika perlu dan tunjukkan akhlak yang baik

Jangan sombong atau mendiamkan diri tanpa keperluan jika keadaan memaksa atau mendorong kita untuk bercakap dan bertegur sapa dengannya. Anda boleh dan diizinkan oleh syarak untuk menegurnya dengan memberi salam yang baik dan bertanya sapa sekadar perlu.

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl : 90)
Islam ialah agama yang mementingkan akhlak yang baik.

Buktikanlah diri anda sudah berubah dengan mempamerkan akhlak yang baik moga-moga jika dia telah berubah maka sebuah ukhuwah yang Islamik dan mulia dapat terhasil dan jika dia masih dalam perangai lama atau dalam kesesatan maka dia akan tersedar dan terpengaruh untuk turut berubah menjadi lebih baik dengan melihat akhlak kita.

4. Mendoakan bekas kekasih

Doa ialah suatu ibadah yang mulia dan mudah dilakukan. Ianya juga adalah sedekah yang paling mudah dibuat oleh seseorang. Jangan kedekut untuk berdoa dan mendoakan bekas kekasih agar dia mendapat kebaikan dan diberikan oleh Allah SWT dengan petunjuk atau hidayah seperti yang kita perolehi.

Firman Allah SWT : “Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali-Imran : 134)

Biarlah betapa pahit pun kenangan yang dilalui bersama-sama dahulu sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Pengasih.

Mendoakan bekas kekasih bermaksud kita sebenarnya telah berjaya memaafkan kesalahan diri kita sendiri dan mampu menghadapi peristiwa lalu dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang kuat.

5. Mengelak dari menjalin hubungan atau komitmen yang tidak perlu

Elakkan apa yang tidak perlu seperti berbual kosong atau berbual dalam perkara yang tidak wajar atau perkara-perkara yang sensitif dan melampaui batasan normal. Juga tidak perlu melayan kerenah bekas kekasih seperti menyuruh kita mengingati kisah lama atau menyatakan perasaan kita sekarang terhadap dirinya atau memberikan dia harapan atau komitmen terhadap pertemuan tersebut.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Antara ciri kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak perlu baginya.” (hadith riwayat Tirmidzi)

Anggapan pertemuan itu ialah suatu ujian dan cubaan daripada Allah SWT untuk melihat apakah kita benar-benar telah berubah dan bersedia menghadapi kesilapan lalu dengan jiwa yang lebih tabah dan bersedia untuk berubah menjadi lebih baik.

6. Kesilapan lalu bukan penghalang kita untuk membina hidup baru

Ingatlah apa yang penting ialah bukan bagaimana kita bermula tetapi ialah bagaimana kita akan berakhir. Semua orang dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi berapa ramai yang akhirnya meninggalkan dunia ini dengan kebaikan dan fitrah yang bersih ?

Tidak penting siapa kita ini dahulu apakah seorang samseng jalanan atau pelacur murahan tetapi apa yang penting ialah siapa diri kita pada hari ini dan apa yang akan terjadi kepada diri kita pada hari esok !
Firman Allah SWt : “Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (Al-Furqan : 71)

Tetapkan hati dan jiwa kita untuk beriman dan percaya kepada Allah SWT dan berusaha memperbaiki diri menjadi seseorang yang lebih baik daripada dahulu tanpa perlu lagi memandang ke belakang.
Majukan langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan ketabahan !

7. Apa yang penting pilihan kita hari ini !

Kita ialah apa yang kita pilih untuk jadi. Jika kita memilih untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa maka kita adalah apa yang kita pilih. Oleh yang demikian apa yang penting ialah pilihan kita dan keberanian kita untuk meneruskan langkah ke hadapan. Kehidupan tidak pernah mudah.

Firman Allah SWT : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwal dirimu.” (Muhammad : 31)

Kehidupan ini memang diciptakan oleh Allah SWT untuk menguji kita dan menghancurkan hati-hati kita agar menyerah kalah dan kecewa serta rebah.

Tetapi kita diberi pilihan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjalanan dan untuk memilih tidak mengaku kalah dan bangkit semula daripada kegagalan dan kekalahan !

Firman Allah SWT : “Tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan mensia-siakan amalan mereka.” (Muhammad : 4)
Apa yang penting bukanlah sekuat mana kita diuji tetapi sekuat mana kita tahan diuji. Ketahanan dan ketabahan untuk tidak mengaku kalah dan bangkit daripada kesilapan lalu untuk memperbaiki kehidupan yang akan datang adalah bukti kita benar-benar beriman kepada janji-janji Allah SWT untuk mereka yang percaya kepada hari akhirat dan syurga yang indah.

Jangan mengaku kalah kepada kenangan lama !


23 Oktober 2015

33 Kenangan Manis Zaman Sekolah. #9 Dan #10 Paling Lejen



Zaman sekolah merupakan antara kenangan manis yang diingati ramai. Inilah zaman di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari di sekolah. Juga inilah zaman anda banyak mencipta kenangan pahit manis bersama kawan-kawan.
Kami bawakan 33 kenangan manis zaman sekolah yang dilalui oleh ramai pelajar sekolah, termasuk kami.
1. Sebelum SPM : “Kita jumpa lepas SPM, ok?”. Lepas SPM: Semua dah hilang.
2. Setiap tahun sekolah hantar surat jemputan perjumpaan PIBG. Setiap tahun juga 95% ibu bapa tak               hadir perjumpaan
3. Pelajar : “Cikgu, nak gi tandas”. Tawaf satu sekolah – dari kelas ke kantin, padang, koperasi dan                 akhirnya baru jumpa tandas.
4. Dapat keputusan periksa teruk.
Ibu bapa : “mana keputusan periksa?”
Anda : “Cikgu tak bagi lagi”
5. Sekolah rendah : Ketua kelas tulis nama dan kesalahan di papan putih kat depan.
Sekolah menengah : Ketua kelas buat bising
6. Mak ayah marah
    Anda: *Diam*
   Mak ayah: “Kenapa diam? Jawab la!”
   Anda : *jawab*
   Mak ayah: “Eh dah pandai menjawab ye sekarang!”
7. Cara kita berbelanja masa di sekolah :
   40% – Kantin
   30% – Kedai buku sekolah
   20% – Makanan ringan
   10% – Kawan ‘pinjam’ sampai sekarang tak bayar balik
8. Selalu minta ‘markah kesian’ dengan cikgu
9. 100 meter lumba lari = tak boleh. Lari daripada pengawas/guru disiplin = boleh
10. Lompat tinggi = tak lepas. Panjat pagar = lepas
11. Kutuk orang lain = okay. Masa kena kutuk balik = merajuk
12. Perhimpunan – rasa macam perhimpunan paling panjang, kena dengar ucapan yang langsung tak             menarik dan membosankan
13. Ucapan pembuka kata guru besar : “Saya cuma nak ambil sedikit masa untuk berucap”. 30 minit         kemudian – “sekian, terima kasih”
14. Pelajar : “Cikgu, soalan apa yang keluar dalam exam?”
      Cikgu: “Eh mana boleh bagitau. Tapi bab ni sangat penting ye”
15. Ada 2 jenis merdeka, hanya di sekolah di Malaysia
– 31 Ogos
– Lepas habis paper akhir exam
16. PMR – Straight A’s. Add Maths Tingkatan 4 :
      Ujian bulanan 1 – Gagal
      Periksa pertengahan tahun – Gagal
      Ujian bulanan 2 – Gagal
      Periksa akhir tahun – Gagal
17. Anda beli semua buku teks. Kawan-kawan : “Wuiiiishhhhh.. Anak orang kaya”
18. Bila buat homework, mesti siapkan homework cikgu garang dulu.
19. Alasan paling biasa bila homework tak siap – “lupa bawa buku, cikgu
20. Berharap loceng kecemasan berbunyi bila kelas cikgu yang tak digemari.
21. “Spotcheck!” – cuba sedaya upaya sorok handfon di mana saja yang boleh, termasuk dalam baju                dalam
22. Hari terbuka – hari paling di tunggu oleh guru dan ibu bapa, tapi hari paling ditakuti pelajar
23. Bola recycle – dari botol plastik dan tin air gas. Berebut sepak ramai-ramai.
24. Gossip paling kerap :
“Aku tak tau lah apa perasaan awek tu kat dia”
    “Aku dengar dia lari ikut boyfriend dia”
    “Aku rasa makmal sains tu berhantu lah”
25. Conteng meja sekolah, dan cikgu pula berkali-kali ulang ayat yang sama – “jangan conteng meja”
26. Suka pergi perpustakaan, bukan untuk membaca tapi sebab ada aircond yang sejuk
27. Ternanti-nanti loceng waktu balik berbunyi. Sebaik saja loceng bordering, terus terkam lari keluar            tak peduli apa dah.
28. Cara cikgu pandang bila ingatkan cikgu dengan ayat ni – “cikgu, dah habis masa!
29. Masa paling best bila cikgu cakap – “buat kerja sendiri”
30. Cepat-cepat tuck-in baju bila nampak cikgu disiplin 10 meter di depan.
31. Potong kuku sebelum perhimpunan sebab tak nak kena tangkap kerana “kuku panjang”
32. Hari pertama masuk kelas terus chop tempat paling belakang
33. Rasa tak puas hati bila cikgu pindahkan tempat dari duduk sebelah kawan ke tempat lain.
Dan kini, rasa rindu menjengah di hati bila teringat balik kenangan zaman sekolah kerana ia tak akan berulang lagi. Mungkin ada masanya terasa teruk dengan homework yang banyak, aktiviti koko dan kena study untuk SPM, tapi zaman sekolah adalah antara zaman paling manis dalam hidup.
Ada lagi yang kami tertinggal? Kongsikan kenangan manis anda di bahagian komen di bawah.

Mesej Tersirat Disebalik Filem Bujang Lapok Yang Ramai Tidak Tahu



Filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini.
Berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun sejak 1960 hingga ke hari ini, anggaran nilai yang disebut dalam filem tersebut pada hari ini:

1) Upah Tutup Rahsia

20 sen-Nilai 20 sen pada 1960 pada hari ini adalah RM4.40. Agaknya, apa boleh dibeli pada hari ini untuk merasuah seorang kanak-kanak seusia 5 ke 6 tahun?

2) Mahar Perkahwinan Sudin

RM1,000 serba satu-RM1,000 pada 1960 bernilai RM21,939 pada hari ini. Patutlah Ajis tak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran.

3) Nilai Gadaian Cincin Berlian Makcik Eton

RM3,000-Pada hari ini, nilai cincin berlian Makcik Eton itu adalah sekitar RM65,000. Tak peliklah kalau dia dianggap orang ada-ada kerana memiliki cincin berlian sebegitu.

4) Jumlah Yang Dipinjam Daripada Benggali Oleh Jiran Sebelah Rumah Sudin Untuk Perbelanjaan Kahwinnya

RM5,000-Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM110,000.Kalau meminjam dengan kadar seorang anggota kerajaan sekalipun, anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tahun untuk menghabiskan bayaran bulanan hutang sebanyak ini dengan komitmen bayaran RM1,000 sebulan.
Justeru, tak hairanlah anak sudah tiga, hutang Benggali masih belum selesai.

5) Nilai Beef Steak Untuk 12 Orang Makan Yang Perlu Dibayar Ramli Sehingga Terpaksa Pulang Sehelai Sepinggang

RM38-Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM834. Justeru penting sebenarnya untuk mengajar bakal isteri makan di warung tepi jalan atau restoran sederhana. Yang penting makanannya, bukan gaya dan status kekayaan yang dipamerkan.
– Dipetik dari FB Cen Polo

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles