SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya
bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang
menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira
segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil
membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat
dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau
tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang
bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya.
JIKA KANAK2 LAMBAT BERCAKAP
Sekiranya
anak anda masih lambat bercakap walau sudah berusia tiga tahun ke atas,
petuanya mudah: Tarik lidah kanak-kanak itu keluar lalu kerik lidah itu
dengan cincin. Menurut orang tua-tua, ini ialah supaya ludahnya keluar
sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan
kanak-kanak itu segera bercakap.
PENYAKIT KULIT PADA BAYI
1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti
dijauhakn
dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang
dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat
pada pakaian.
2.Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung
terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar
makanan bayi.
3.Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya
mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu
sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga
larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.
4.Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh
dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.
5.
Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi
sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air
mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh di dapati
difarmasi
6.Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang
semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau
petunjuk dari doktor.
SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji
buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu
tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.
KURAP SUSU
Ambil
beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya.
Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan
di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. (Petua ini juga boleh
digunakan untuk sebarang jenis ruam).
HILANGKAN RUAM
Selepas
anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak
zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.
LELAH
Bersihkan
dua tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas
dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan
bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan
sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak
kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu)
Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya.
RUAM PANAS
Beli
daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar
hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria
itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda.
Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di
badannya.
DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang
mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang
dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali.
Apabila
bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat
daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus
bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh
badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali.
Kesan campak berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh
sepenuhnya).
HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Asahkan ibu kunyit
kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara
nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke
dalam hidung.
UNTUK MENGHILANGKAN KEMBONG PERUT
Ambil 3
helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke
atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan
kepada perut.
BUANG KERAK DI KEPALA BAYI
Ambil segenggam
kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar.
Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga
keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan
seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat
dan hitam.
LEBATKAN RAMBUT BAYI
Untuk melebatkan rambut bayi,
ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna
merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan
harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya
pasti memuaskan.
KULIT BAYI SENTIASA HALUS
Sejak dari bayi
lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya.
Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap
hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah
mendapat ruam.
Oleh, Doili Lugas, Tamparuli Sabah.
MELENTIKKAN BULU MATA BAYI
Untuk
melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda,
sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda
akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.
MENCANTIKKAN KULIT JANIN
Amalkan
meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti
mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam
lampin.
BAGAIMANA MENGENALI TANGISAN BAYI
Setiap kali
seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau
mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel
masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si
ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ? Tapi,
bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi?
Tangisan
merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan,
bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak
hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku
"Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa
tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan
mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa
contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya"
Tangisan "Aku ingin
menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya
berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk
mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas,
demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau,
jangan-jangan memang sudah waktunya makan?
Tangisan "Lampinku
basah": bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya
basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam
lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga
boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk
mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin
yang baru.
Tangisan "badanku sakit" : semua bayi menangis jika ia
merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir
seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas,
lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya
kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan,
kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika
menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh
tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.
Tangisan
"aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan
jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti
saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka,
tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan
tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti
aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian,
membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.
Tangisan
minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia
mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan.
Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin
Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta
wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia
tertidur.
Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin
Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan
terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya,
luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu
menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan
pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.
SUMBER:
www.familiazam.com