Tembakau Advertise

Halaman

16 Jun 2014

Jimatkan duit Perbelanjaan


Bagi kamu yang baru saja bekerja dan dapat menikmati pendapatan sendiri buat kali pertama, pastinya dorongan untuk membeli pelbagai keperluan itu kadangkala keterlaluan. Oleh itu, apa kata belajar dulu cara untuk menyimpan duit dengan mudah dan paling penting memastikan kewangan anda stabil manakala wang tidak dibazirkan pada sesuatu yang tidak berfaedah.

1. Uruskan hutang terlebih dulu - Jika anda terlalu banyak berhutang, itu menyukarkan anda untuk menjadualkan perbelanjaan bulanan. Ia juga akan mengganggu kewangan seterusnya menyebabkan anda gagal untuk menyimpan lebihan wang kerana beban hutang yang keterlaluan.

Apa kata dengan duit dalam tangan, bayar dulu hutang yang tertunggak mengikut kemampuan dan pada masa yang sama, elakkan dari berhutang pada masa hadapan.

2. Beli mana yang patut - Seterusnya, jadualkan terlebih dulu perkara perkara dan barang yang ingin dibeli dalam tempoh sebulan. Mungkin anda ingin membeli telefon pintar baru maka perlu buat perancangan yang bijak agar tidak muflis.

Paling ideal adalah dengan membeli sesuatu yang menjadi keperluan dulu seperti barang dapur, pakaian dan juga makanan.


3. Tetapkan masa - Untuk menjadikan diri anda lebih bermotivasi dan dedikasi, apa kata tetapkan masa yang perlu diperuntukkan untuk mencapai sesuatu sasaran. Misalnya, anda ingin membeli kereta dan rumah baru. Tetapkan bila tarikh akhir untuk mencapai sasaran itu.

Dengan cara ini, anda boleh menyimpan duit untuk masa akan datang bagi mencapai objektif itu.


4. Simpan rekod - Jangan lupa untuk menyimpan rekod kewangan untuk menilai sebanyak mana wang yang dibelanjakan dalam sebulan. Adakah ia berbaloi ataupun sebaliknya. Memandangkan anda bebas melakukan pilihan, catat segala perbelanjaan mingguan dan bulanan dalam nota.

Senaraikan semua perbelanjaan bukan hanya yang kecil kecil saja. Letakkan juga kategori bagi setiap perbelanjaan seperti sewa rumah, ansuran kereta dan sebagainya.

8 Jun 2014

Petua Untuk Bayi


SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya.

JIKA KANAK2 LAMBAT BERCAKAP
Sekiranya anak anda masih lambat bercakap walau sudah berusia tiga tahun ke atas, petuanya mudah: Tarik lidah kanak-kanak itu keluar lalu kerik lidah itu dengan cincin. Menurut orang tua-tua, ini ialah supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

PENYAKIT KULIT PADA BAYI

1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti
dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.
2.Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.
3.Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi.
4.Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh
dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.
5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh di dapati difarmasi
6.Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor.

SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.


KURAP SUSU
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).

HILANGKAN RUAM
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.

LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya.


RUAM PANAS
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya.


DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali.
Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Kesan campak berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.


UNTUK MENGHILANGKAN KEMBONG PERUT
Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

BUANG KERAK DI KEPALA BAYI
Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

LEBATKAN RAMBUT BAYI
Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.

KULIT BAYI SENTIASA HALUS
Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.

Oleh, Doili Lugas, Tamparuli Sabah.

MELENTIKKAN BULU MATA BAYI
Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

MENCANTIKKAN KULIT JANIN
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

BAGAIMANA MENGENALI TANGISAN BAYI

Setiap kali seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ? Tapi, bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi?

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku "Your Child's Body Language", Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya"

Tangisan "Aku ingin menyusu": bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan "Lampinku basah": bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan 'pengumumam lampinku basah" biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan "badanku sakit" : semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.

Tangisan "aku bosan": Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.

SUMBER: www.familiazam.com

Tembakau Slide

Catatan Popular

Jumlah Paparan Halaman

Live Traffic Feed

Tembakau Smiles